Pages

KONVOKESYEN UKM

ASSALAM ALAIK❤❤❤❤

Pada 28-31  Oktober 2017 yang lalu, telah diadakan majlis konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM)  yang ke-45. Majlis yang penuh gilang gemilang ini diadakan di Dewan CanselorTun Abdul Razak (DECTAR UKM). Pasukan Koir Artisukma UKM telah diberi tanggungjawab untuk membuat persembahan koir sepanjang majlis konvokesyen tersebut berlangsung (4 hari) hari pertama 1 sidang pagi (8pagi-1petang) dan hari seterusnya dua sidang, sidang pertama (8 pagi – 1 petang) dan siding kedua (1.30 petang – 5 petang)



                Pasukan koir dikehendaki untuk menyanyikan lagu wajib iaitu:
1.       Lagu Varsiti Kita
2.       Ilmu Mutu Dan Budi
3.       Negaraku
4.       Kebesaran Negeri Sembilan
Dan lagu sampingan iaitu :
1.       We Are The World
2.       Aku Negaraku
3.       Standing In The Eyes Of The World
Latihan telah dibuat 3 minggu sebelum majlis konvokesyen berlangsung dan minggu terakhir latihan merupakan minggu pecutan dimana semua lirik dihafal dan sedikit gaya harus dilakukan. Pasukan koir UKM mendapat khidmat mengajar daripada Abang isz iaitu salah seorang artis kebudayaan UKM.  Beliau juga merupakan seorang penyanyi di UKM dan di luar UKM.

                Raptai telah diadakan pada 27 Oktober 2017 (Jumaat). Semasa raptai berlangsung, pasukan koir berlatih berkoir bersama pasukan pancaragam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Sebelum terlupa, pasukan koir berkoir bukan daripada muzik latar dimainkan dia audio, muzik lagu tersebut dimainkan oleh pasukan pancaragam DBKL. Sedikit gambar semasa raptai berlangsung :


        Pada 28 Oktober 2017 sidang pertama penganugerahan PHd, Master, Profesor Amiretus dan Ijazah Sarjana Muda diadakan dan untuk pengetahuan semua pada isdang pertama ini graduan yang amat cemerlang sahaja di berikan pada sidang pertama dan penganugerahan ini diberi oleh Canselor UKM ( Yang dipertuan Besar Negeri Sembilan). Pasukan Koir hanya menyanyikan lagu wajib sahaja (rujuk lampiran sebelumnya) . Pada hari ini Penganugerah Anugerah Diraja telah diberikan kepada dua orang pelajar dari Fakulti Sains Teknologi dan Fakulti Undang  Undang.
        Hari kedua konvkesyen (29 Oktober) penganugerahan Profesor Amiretus, PHd , Master, Ijazah Sarjana Muda. Pada sidang pertama dan kedua hari kedua konvokesyen ini pasukan koir hanya menyanyikan lagu wajib sahaja (rujuk lampiran sebelumnya). Pada hari kedua ini penganugerah anugerah nab canselor kepada seorang pelajar Fakulti Undang Undang.
                Hari ketiga konvokesyen (30 Oktober) Profesor Amiretus, PHd , Master, Ijazah Sarjana Muda. pada sidang pertama pasukan koir menyanyikan lagu wajib (rujuk lampiran sebelumnya) dan pada sidang kedua pasukan koir menyanyikan lagu wajib dan satu lagu sampingan iaitu We are The world.
                Hari terakhir konvokesyen (31 Oktober) Profesor Amiretus, PHd , Master, Ijazah Sarjana Muda. Pasukan Koir menyanyikan lagu wajib (rujuk lampiran sebelumnya) dan dua lagu sampingan iaitu lagu Aku Negaraku (siding kedua) dan Standing in the eyes ( siding pertama) .
                Untuk ketiga tiga hari majlis konvokesyen, aturcara majlis adalah seperti ini
1.       Perarakan Masuk Graduan
2.       Perarakan Besar masuk ke DECTAR
3.       Perarakan Cancelor (hari pertama) dan pro canselor ( hari hari seterusnya)
4.       Nyanyian lagu wajib
5.       Ucapan naib canselor
6.       Persembahan
7.       Penganugerahn ijazah
8.       Persembahan selingan
Selepas konvokesyen berlangsung, pasukan koir masih ada satu lagi majlis besar iaitu malam citra seni UKM iaitu untuk semua pelajar yang mengambil citra seni. Pasukan koir akan mula berlatih  seminggu selepas majlis konvokesyen tamat.
Lampiran :





(Setelah selesai majlis Konvokeysen)

No comments:

Post a Comment

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com