ASSALAMUALAIKUM,
Since blog ni memang kena selalu update sebab ni salah satu assignment dan ada markah, (SUBJEK APLIKASI KOMPUTER)
So I dah fikir yang I akan buat like sharing perkara-perkara yang bermanfaat untuk orang lain, so yang mana visit my blog takde la kena baca pasal kehidupan I ke apa I rasa pada hari tu ke sebab I rasa I bukan sape - sape pon yang membuatkan orang lain nak tahu pasal I,
So I terfikir idea lepas ni I akan share apa apa yang bermanfaat untuk I dan untuk orang ramai (yang baca blog I)
so sharing yang pertama ni I nak share pasal
Cara menjaga kebersihan kaki
I terfikir nak share pasal ni sebab kebanyakan kita ambik mudah pasal ni sebab just kaki ada dekat bawah jadi kita fikir macam takde orang akan kisah kat situ, salah sebenarnya tu, setiap inci badan kita, kena ambik kisah sebab semua tu akan mencerminkan kita,💢💢💢💢
Cara menjaga kebersihan kaki
KAKI manusia - iaitu anggota tubuh dari buku lali ke bawah - mempunyai 26 tulang yang menghubungkan tisu, tendon dan otot di dalamnya. Bahagian anatomi ini memainkan peranan yang penting untuk membolehkan kita berdiri dan bergerak.
Penjagaan yang rapi termasuk kebersihan adalah amat diperlukan untuk mengelakkan sebarang jangkitan pada kulit seperti kurap air (athlete's foot dan verrucae). Athlete's foot adalah sejenis jangkitan berkulat manakala verrucae yang biasanya berlaku di tapak kaki adalah disebabkan oleh virus.
Cara pembersihan kaki yang patut anda amalkan setiap hari adalah seperti berikut:
* Sentiasa bersihkan kaki anda dengan menggunakan sabun dan air dan pastikan juga kebersihan di celah-celah jari.
* Gunakan batu pumis (pumice stone) untuk mengeluarkan kulit mati atau kulit keras di bahagian tumit.
* Gunakan berus halus untuk membersihkan dan mengeluarkan kekotoran di dalam kuku kaki.
* Pastikan anda mengelap kaki sehingga kering setiap kali selepas membersihkannya.
* Sapu losyen untuk melembapkan kaki anda dan ini dapat mengurangkan kejadian kulit kering pada kaki.
* Sering perhatikan kaki anda bagi memastikan ia tidak mengalami sebarang jangkitan atau penyakit kulit seperti lecur yang disebabkan kasut, kulit mati atau keras dan juga cekam pada kuku. Gunakan cermin untuk memudahkan anda memeriksa bahagian kaki yang terlindung daripada penglihatan secara langsung.
* Jika kaki anda mudah atau sering berpeluh, gunakan bedak talkum biasa atau bedak khas untuk kaki bagi mengurangkan kejadian ini. Bedak atau serbuk khas untuk kaki ini mudah didapati di mana-mana farmasi dan ia boleh menyerap peluh kaki anda.
* Pastikan anda selalu menukar stoking terutamanya jika kaki anda mudah berpeluh. Selain memastikan kaki anda sentiasa kering, adalah mustahak untuk anda melakukan demikian supaya kaki anda tidak terdedah kepada sebarang jangkitan yang diakibatkan oleh stoking yang lembap dan kotor.
Cara penjagaan kuku kaki yang patut anda amalkan adalah seperti berikut:
* Pastikan kuku kaki anda sentiasa pendek dan bersih. Kuku kaki tidak seharusnya tumbuh melebihi had hujung jari kaki anda. Bagaimanapun, jangan potong kuku kaki anda terlalu pendek atau terlalu dalam. Ini boleh mengakibatkan tumbuhnya kuku ke arah dalam jari kaki anda yakni mencengkam isi di tepi kuku itu. Sekiranya ini terjadi, ia akan menyebabkan kulit menjadi kemerahan-merahan, keras dan memungkinkan sebarang jangkitan.
* Potong kuku kaki anda lurus dan tidak melengkung mengikut bentuk jari kaki dengan pemotong kuku. Memotong kuku anda mengikut bentuk jari boleh menyebabkan kekotoran berkumpul di situ dan menyebabkan cekam ataupun mengakibatkan penumbuhan kuku baru yang mencengkam isi kaki anda.
Rendam kaki anda di dalam air suam selama 10 minit untuk melembutkan kuku kaki dan ini adalah untuk memudahkan anda memotong kuku itu.
* Pemakaian kasut yang sesuai adalah penting kerana ia bukan sahaja memberi keselesaan malahan memberi sokongan yang baik kepada si pemakai. Kasut yang tidak bersesuaian seperti terlalu kecil, misalnya, boleh mengakibatkan pelbagai penyakit kaki dan juga jangkitan kulit.
Oleh itu, sekiranya anda hendak membeli kasut baru pastikan anda tidak membelinya pada waktu pagi kerana pada waktu ini kaki anda tidak menunjukkan saiz sebenar.
Kaki anda hanya akan menunjukkan saiz yang sebenar pada waktu tengah hari dan inilah waktu yang patut anda membeli kasut idaman anda itu.
Kaki yang sihat tidak seharusnya berasa apa-apa kesakitan atau rasa tidak selesa. Pastikan anda berjumpa pakar mengubat sakit pada kaki dan kuku kaki (chiropodist) sekiranya anda berasa demikian terutamanya jika tiada sebarang jangkitan kulit kelihatan. Ini kerana rasa sakit dan tidak selesa itu mungkin satu petunjuk bahawa anda mengalami penyakit lain di kaki.
so ni I ada baca satu artikel ni dan I rasa best dan sangat membantu untuk kita semua, So I harap perkongsian ni sedikit sebanyak dapat membantu kita semua!!
Nanti for sure I akan update lagi dengan perkongsian-perkongsian yang lain dan bermanfaat!!
No comments:
Post a Comment